Assalamualaikummm...
Sepertimana yg kite dah sedia maklum,setiap muslim WAJIB memelihara lidahnya daripade menuturkan perbualan yang sia-sia,tidak berfaedah,kata-kata kesat,mengumpat,mengeji dan mengadu domba.
Setiap manusia yang bergelar muslim hendaklah menjaga anugerah yang telah ALLAH kurniakan kepada kite yakni 'LIDAH'.Nikmat tersebut bukanlah sewenang-wenangnya dikurniakan tanpa asbab.
Memang benar lidah itu tidak bertulang dan sentiasa meluncur laju ujaran yang dikeluarkannya. Ingatlah akan pesanan Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“..Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esoknya.."
-Hadis riwayat Ibnu Majah-
Imam Syafi'ei pula menyatakan;
“..Jagalah lidahmu agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Ramai orang binasa akibat lidahnya, padahal dahulu mereka dihormati kawan-kawannya.."
Islam telah memberikan garis panduan yang amat lengkap dan cukup sempurne berkenaan dgn perilaku dan tatacara penggunaan lidah agar umatnya (muslim) tidak akan terpesong dari landasan syariat Islam.
Justeru, marilah kite menjadikan akal fikiran yang berpaksikan tuntutan agama sebagai pengatur lidah dalam mase kita berkomunikasi dengan orang lain agar ia menyenangkan & membuahkan keharmonian. Lidah yang tutur katanye baik dan menyenangkan itu lambang moral hati dan jiwa pemiliknye.
Lidah walaupun ia merupakan komponen paling kecil dan sensitif berbanding anggota lain yang terdapat pada diri seseorang manusia, tetapi fungsi dan impaknya amat besar. Baik atau buruk peribadi seseorang itu boleh tergambar melalui apa yang diluahkan melalui lidahnya.
Jika tutur katanye penuh sopan santun dan lembut bicara, maka orang lain akan menganggapnya sebagai seorang yang berperibadi luhur dan berwibawa tinggi. Pengaruhnya cepat menular dan sentiasa disenangi sesiape sahaja. Manusia yang baik tutur katanya mempunyai ramai teman dan mereka sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan aman tenteram.
Wallahua'lam.....
*masih ingat lagi mase kecik2 dulu Abah selalu kate..."..Kalu suke ckp mende2 huduh nnti kat Akhirat kene seksa,Kite kene gunting lidah kite sendiri,lepas lidah putus pahtu tumbuh balik pahtu gunting balik,sampai habis dose2 kite...."- Pakat2 beringat ye saing2... :] -