Friday, November 11, 2011

7 Cara Bersahabat Kerana Allah

Assalamualaikum..,

Alhamdulillah marilah pakat2 syukur ke hadrat ILLAHI kerana dgn limpah kurnia-Nya dikurniakan lagi kepada kite nikmat kehidupan sehingga ke saat ini...Harini mungkin ramai yang akan menganggap hari yang paling bertuah kerana faktor tarikhnya yang agak cantik yakni 11.11.11...Tp sedarlah wahai sahabat, tarikh itu hanya sekadar nombor yang menandakan bilangan hari sahaja...ape ade pada tarikh jika diri kite masih di tampuk yang lama...marilah pakat2 muhasabah diri...InsyaALLAH berkat pagi penghulu segala hari ni (JUMAAT) saye ingin berkongsi sedikit mengenai cara-cara kite bersahabat kerana ALLAH taala..

Secare jujurnya, bukan mudah untuk kite menjadi sahabat sejati yang terbaik lebih-lebih lagi apabila kite dah semakin melangkah ke alam dewasa, masing-masing ade komitmen lain. Sahabat ketike kite senang dan gembira memang senang ditemui, akan tetapi berape ramai sahabat kite yang sanggup menemani kite terutamanya apabila kite menghadapi kesusahan..?

Tetapi walauapapun,kite mestilah mencuba menjadi sahabat yang paling mulia...



7 Cara Bersahabat Kerana Allah

1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'

(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)

*Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)

No comments:

Post a Comment