Monday, November 21, 2011

Kerana Syurga itu MANIS...



Andai perjuangan ini MUDAH..
pasti ramai menyertainya..
Andai perjuangan ini menjanjikan KESENANGAN..
pasti ramai yang tertarik padaNya..

Tapi hakikat perjuangan BUKAN begitu....
Turun NAIKnya...,
Sakit PEDIHnya..
Umpama keMANISan yang tak terhingga..

Andai rebah, BANGKITLAH Semula
Andai Terluka, Ingatlah JANJI-Nya..


"..MUJAHADAH.." 
itu pahit kerana Syurga itu Manis

----------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah maksud MUJAHADAH..? 

Mujahadah membawa maksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. 

"..Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.."

Orang yang sanggup melawan hawa nafsu adalah orang yang percaye kepada Hari Akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam...

Adakah kita benar-benar percaya pada hari akhirat?

Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnye adalah NAFSU AMMARAH. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa...

Apabila hati digilap dengan mujahadah.., ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu LAWWAMAH...Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam NAFSU MUTMAINNAH ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah...

Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia...

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah....? 

Renung-renungkan....



Untuk Ikhwan Manufacturing :)



Untuk Akhwat Manufacturing :)

No comments:

Post a Comment