Monday, November 14, 2011

Manusia,Malaikat dan Syaitan



Manusia : Eh, subuh doh ke...?
Malaikat : Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan : Alahhhhhh, jap lagi ar semayang, ngantuk ni...awal lagi bohh..zzZZz

Manusia : Nok makan...lapor ahh ..
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan : Ahhhhh, tak payahlah... dah lapar giler ni...makan jee..sedapnya~

Manusia : Hari ni nak pakai guane ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan : Ahhhh..panaslah!xdok style langsung...nampak kampung!

Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan : Ahhhh...awal lagi....suruhlah ‘si fulan’ tolong punchkan..

Manusia : Orang dah azan dah tu...
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berape..?Rilek arr bohh..awal lagi ni....

Manusia : eh..eh..tak leh tgk niee...berdose!
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan : Perggghh...best tu...rugi arr kalau tak tengok ni..

Manusia : Orang itu sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : bakpe mung nak sibuknye? Jangan jaga tepi kain orang...lantak dia lah..

Manusia : Molek jugak kalu aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain..
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah!semua dah besar..buat apa susah2..pandai2 diorang laa..

Manusia : Ya ALLAH...Aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..

Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia : Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu wajib bagimu.
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda : Patut ke aku biar artikel ini tetap kat sini je...?
2. Malaikat : Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkanlah!
3. Syaitan : Tak payahlah sibuk2 ..biar je kat sini...bukan diorang nak baca pum.

Jom pakat2 Fikir dan Renung belake saing2....

No comments:

Post a Comment