Sunday, December 25, 2011

Daurah Akademik 2011


Program : Daurah Akademik 2011
Tempat : Masjid As-Syakirin, Tanjung Selangor, Pekan
Tarikh : 16 & 17 Disember 2011
Pengisian : Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan Akhir, Qiamulail, Riadah, BBQ


Sahabat A : 
B, belajar tu belajar jugak, solat pun solat juga, tapi enjoy kene enjoy, jangan lepas peluang masa muda, nanti bile dah tua menyesal..
Sahabat B :
A,cara ko enjoy tu tak betul..ko campur adukkan Ibadah dengan Maksiat..mane boleh..salah tu..

Sahabat A :
ko jangan kolot sangat.. ko jangan jadi Kera Sumbang..mana ade orang muda macam ko sekarang..

Sahabat B :
ko jangan salah faham antara Moden dan Kolot..Aku tetap dengan prinsip hidup aku..biarlah aku kene tinggal sorang2 demi mempertahankan kebenaran dan memenuhi cita-citaku menjadi Anak yang Soleh..


Dialog di atas menerangkan tentang perkara-perkara yang berikut :

  • Cita-cita yang murni, iaitu mahu menjadi Anak yang Soleh (orang yang berjaya)
  • Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh Hawa Nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan
  • Prinsip yang menjadi pegangan, iaitu Kebenaran (Ajaran Islam berteraskan Ilmu, Ibadah, Solat, Iman dan Akhlak Mulia)
  • Berjihad melawan pengaruh Hawa Nafsu dan pengaruh rakan-rakan
  • Pendirian yang teguh (Istiqamah) dan tidak terpengaruh dengan keseronokan masa muda dan rakan-rakan

Firman ALLAH Taala dalam Surah As-Syura ayat 15 :-

"..Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah mereka (Wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak Hawa Nafsu mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh ALLAH Taala dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. ALLAH jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). ALLAH akan menghimpunkan kita bersama (pada Hari Kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).."




Masjid As-Syakirin, Tanjung Selangor, Pekan 

 


Aktiviti Riadah (Bola Sepak)

 

Gotong-Royong membersihkan kawasan Kubur



Antara Ikhwah-Ikhwah yang hadir


Sahabat-sahabat kkacik (Besfreng) =P



"..Wahai Orang-Orang Beriman, Bersabarlah Kamu (Menghadapi Kesukaran Dalam Mengerjakan Perkara-Perkara Kebajikan) Dan Kuatkanlah Kesabaran Kamu (Lebih Daripada Kesabaran Musuh) Dan Bersedialah (Dengan Kekuatan Pertahanan Di Daerah-Daerah Sempadan) Serta Bertakwalah Kepada ALLAH Supaya Kamu Berjaya.."  
[Ali-Imraan 3:200]

No comments:

Post a Comment