Jika kita cintakan hambaNya kerana Allah...
Sudah pasti...
kita tidak perlu meminta-minta agar cinta kita dibalas..
kita tidak perlu merayu-rayu agar kasih sayang disambut..
kita juga tidak perlu 'terhegeh-hegeh' mengejar cinta dan kasihnya untuk dimiliki..
kerana jangan sampai menjatuhkan iman dan maruah sendiri kerana inginkan cinta itu..
Jika kita cintakan hambaNya kerana Allah..
Sudah pasti..
kita akan sentiasa berusaha mendekatiNya seandainya itulah cinta yang tulus ikhlas..
sesungguh Allah juga pasti akan mencintai kita kerana keikhlasan hati kita mencintai hambaNya yang cintakanNya juga..
hakikat selangkah kita rapat kepadaNya..
seribu langkah Dia akan rapat kepada kita..
itulah tanda kecintaan kepada Allah melebihi dari segala-galanya..
Jangan berasa rugi cinta dan kasihkan Allah..
Berikanlah sepenuh hati dan jiwa kepada Allah..
serahkanlah seluruh cinta dan kasih kepada Allah..
Dengan tu Allah juga akan mencintai kita..
dan hamba-hambaNya yang mencintaiNya akan turut mencintai kita..
Hakikatnya..
kita beri cinta kita kepada Allah..
insyaAllah Allah juga akan mengirimkan cinta kita kepada orang yang mencintaiNya juga..
maka kita akan dicintai oleh semua orang yang kasih dan cintakan Allah..
itulah manisnya cinta kerana Allah..

"..Semoga hatiku sentiasa ikhlas terhadap seorang hambaNya itu, meskipun diriku sendiri tidak mampu memilikinya di atas bumi Tuhanku..Semoga jiwaku sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Tuhanku, meskipun diriku tidak dapat mengecapi apa yang dihajatkan olehku..Kerana hatiku terpaut kepadanya kerana Tuhanku..."
No comments:
Post a Comment