أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."

Friday, December 30, 2011

PETA HIDUP




"..Aku telah hidup di bawah bayangan al-quran dan di sana aku melihat alam al-wujud ini adalah jauh lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu..,

Ia lebih besar dari segi hakikatnya dan dari segi bilangan aspek aspeknya..,

Ia mencakupi alam ghaib dan alam syahadah kedua-dua sekali bukannya alam syahadah sahaja..,

Ia merangkumi dunia dan akhirat kedua dua sekali bukannya dunia ini sahaja..,

Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh itu..,

Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan..,

Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja..,

Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di akhirat nanti..,

Di sana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan..,

Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah.., 

sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada allah pencipta yang maha esa..,

sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada-nya dengan penuh khusyu.." 

-Sayyid Qutb -

Tuesday, December 27, 2011

N A S I H A T



 Jangan Sesekali Berhenti Mendengar Nasihat, 

Kerana Hati Akan Buta Apabila Kehilangan Nasihat,

Oleh Itu Berilah Nasihat Kepada Diri Ini Yang Banyak Lalai Dan Berdosa, 

Sekiranya Tiada Orang Yang Memberi Nasihat, 

Nescaya Binasalah Diri Ini Dgn Sifat Sombong,

Inginkan Kemegahan,Bangga Diri,

Dan Segala Penyakit-Penyakit Hati."

 -Syeikh Abdul Qadir Al Jailani-

[ALBUM] UMAM : WAHAI AYAH & IBU





1. UMAM - Di Pondok Kecil

2. UMAM - Sepohon Kayu

3. UMAM - Jasa Ibu

4. UMAM - Ilmu Yang Bermanfaat

5. UMAM - Akhlak Bangsa Diri

6. UMAM - Hati Damai

7. UMAM - Wahai Ayah & Ibu

8. UMAM - Thola'ad Badru

9. UMAM - We Are Your Servant


p/s : Sedang Mencari Album Penuh UMAM~ ^_^

Monday, December 26, 2011

MINGGU BELAJAR @ STUDY WEEK

Bismillahirrahmaanirrahimmm.....

Sedikit Perkongsian dan Kata-Kata Semangat sebagai bekalan sepanjang menempuhi Minggu Belajar (Study Week)...Semoga bermanfaat..

Bittaufiq-Wannajah-Fil-Imtihan! =)


"..Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukkan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil sentiasa memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menuntut ilmu supaya kita dapat hidup selamanya kerana pada hakikatnya, manusia itu semuanya mati sedangkan orang-orang yang berilmu akan terus hidup.."
[Ali Bin Abi Talib R.A]

“..Adakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui..?”
[Az-Zumar(39):9]

“..Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..”
[Al-Mujadilah(58):11]

“..Barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah permudahkan jalan menuju jannah. Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda redha dengan yang dia perbuat..“
[Riwayat Muslim]

“..Barangsiapa keluar dalam rangka thalabul ilmu (mencari ilmu), maka dia berada dalam sabilillah hingga kembali..”
[HR.Tirmidzi, Hasan]

“..Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga..”
[HR.Muslim]

“..Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan maka Allah akan pahamkan dia dalam (masalah) ad-deen (agama)..”
[HR.Bukhari]


..Wallahua'lam..

Sunday, December 25, 2011

Kisah Pemuda dan Paderi


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru-dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,: 

Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ 

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

  1. Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.
  2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang.
    Allah s.w.t. berfirman :
    ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).
  3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
  5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
  6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
  7. Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
    Allah s.w.t. berfirman:
    "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang" (Al-Mulk: 3).
  8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
    Allah s.w.t. berfirman:
    ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan.
    Allah s.w.t. berfirman :
    ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah :
    ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
  14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
    Allah s.w.t. berfirman :
    ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)
  15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)
  17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
    Allah s.w.t. berfirman :
    ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).
  18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.
    Allah s.w.t. berfirman :
    ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).
  20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
  21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita.
    Firman Allah s.w.t :
    ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).
  22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. 

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci syurga...?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:

Jawapannya ialah:

 "..Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.." 

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .


Wallahu’alam….

Daurah Akademik 2011


Program : Daurah Akademik 2011
Tempat : Masjid As-Syakirin, Tanjung Selangor, Pekan
Tarikh : 16 & 17 Disember 2011
Pengisian : Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan Akhir, Qiamulail, Riadah, BBQ


Sahabat A : 
B, belajar tu belajar jugak, solat pun solat juga, tapi enjoy kene enjoy, jangan lepas peluang masa muda, nanti bile dah tua menyesal..
Sahabat B :
A,cara ko enjoy tu tak betul..ko campur adukkan Ibadah dengan Maksiat..mane boleh..salah tu..

Sahabat A :
ko jangan kolot sangat.. ko jangan jadi Kera Sumbang..mana ade orang muda macam ko sekarang..

Sahabat B :
ko jangan salah faham antara Moden dan Kolot..Aku tetap dengan prinsip hidup aku..biarlah aku kene tinggal sorang2 demi mempertahankan kebenaran dan memenuhi cita-citaku menjadi Anak yang Soleh..


Dialog di atas menerangkan tentang perkara-perkara yang berikut :

  • Cita-cita yang murni, iaitu mahu menjadi Anak yang Soleh (orang yang berjaya)
  • Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh Hawa Nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan
  • Prinsip yang menjadi pegangan, iaitu Kebenaran (Ajaran Islam berteraskan Ilmu, Ibadah, Solat, Iman dan Akhlak Mulia)
  • Berjihad melawan pengaruh Hawa Nafsu dan pengaruh rakan-rakan
  • Pendirian yang teguh (Istiqamah) dan tidak terpengaruh dengan keseronokan masa muda dan rakan-rakan

Firman ALLAH Taala dalam Surah As-Syura ayat 15 :-

"..Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah mereka (Wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak Hawa Nafsu mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh ALLAH Taala dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. ALLAH jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). ALLAH akan menghimpunkan kita bersama (pada Hari Kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).."




Masjid As-Syakirin, Tanjung Selangor, Pekan 

 


Aktiviti Riadah (Bola Sepak)

 

Gotong-Royong membersihkan kawasan Kubur



Antara Ikhwah-Ikhwah yang hadir


Sahabat-sahabat kkacik (Besfreng) =P



"..Wahai Orang-Orang Beriman, Bersabarlah Kamu (Menghadapi Kesukaran Dalam Mengerjakan Perkara-Perkara Kebajikan) Dan Kuatkanlah Kesabaran Kamu (Lebih Daripada Kesabaran Musuh) Dan Bersedialah (Dengan Kekuatan Pertahanan Di Daerah-Daerah Sempadan) Serta Bertakwalah Kepada ALLAH Supaya Kamu Berjaya.."  
[Ali-Imraan 3:200]

Saturday, December 24, 2011

UJIAN MENGHAPUS DOSA


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: 

“..Seorang Muslim yang ditimpa penDERITAan, keGUNDAHan, keSEDIHan, keSAKITan, GANGGUan, dan keRISAUan, Bahkan hanya terkena duri sekalipun, Semuanya itu merupakan kafarah (penebus) dari dosa-dosanya.."

[H.R. Bukhari dan Muslim]

.Ali Ibn Abi Talib.

"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."

.Imam Shafi'ie.

"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."

.Abu Hamid Al-Ghazali.

"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."

.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.

“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”

.Motivasi.

"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"

.Ibn Qayyim.

“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”

.Renungkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”

Riwayat al-Hakim

.Surah Yunus, Ayat 12.

"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."

.Antibiotik HATI.

"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."

.Mafhum Hadith.

“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”

.Mutiara Hati.

"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Asy-Syahid Hassan al-Banna

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :

“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

.Jalan Mujahadah.

Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..

Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...

Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...

Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...

Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..

Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."

.ALLAH Menyayangi HambaNya.

Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..

Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.

Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..

.Hasan al-Basri.

"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."