أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."

Friday, March 02, 2012

Menyelami Visi Tarbiyah Yang Sebenar



Persoalan samada kita sudah ditarbiyah atau belum, dapat dijawab dengan berbagai bentuk.

Kita mungkin boleh mengiyakannya dengan berbagai alasan yang formal.

Di antara alasan formal yang kerap menggamit kita adalah: 
  • Kita telah ditarbiyah kerana kita telah memiliki `murabbi'.
  • Kita telah ditarbiyah kerana kita telah memiliki `halaqah khusus'.
  • Kita telah ditarbiyah kerana kita telah mendapatkan `bahan tarbiyah' yang berterusan.
Benarkah kita telah ditarbiyah kerana alasan-alasan yang tersebut di atas?

Benarkah sesungguhnya kita telah ditarbiyah dengan sekadar memiliki `murabbi'?

Apakah dengan sekadar memiliki `halaqah khusus' dan menerima `bahan tarbiyah', kita telah benar-benar ditarbiyah?

Adakah kriteria lain yang lebih dapat dipertanggungjawabkan pada masa hadapan kita dan tentu sahaja dapat dipertanggungjawabkan pula di hadapan Allah swt?

KEFAHAMAN TERHADAP VISI TARBIYAH

Visi adalah idea tentang hasil yang dinilai dan dijadikan motivasi kerja suatu pasukan.

Ada dua kata kunci dari penjelasan ini, iaitu :

  • Visi adalah hasil yang nantinya akan menjadi asas penilaian.
  • Visi adalah sesuatu yang memberi motivasi kepada pasukan dalam bekerja.
Bila disadurkan dengan konsep sederhana sesebuah visi seperti yang tersebut di atas, boleh kita rumuskan bahwa :

"..Visi tarbiyah adalah idea tentang hasil yang diharapkan dari proses tarbiyah serta sesuatu yang memberi motivasi kepada pasukan tarbiyah dalam bekerja..”

Dari konsep yang sederhana tentang visi di atas, tarbiyah sebenarnya mengharapkan suatu hasil yang spesifik dibandingkan jika ia diproses dengan selain tarbiyah ataupun jika ia tidak diproses sama sekali. Hasil spesifik itulah yang kemudiannya disebut dengan "Visi Tarbiyah."

PERUMUSAN VISI TARBIYAH

Visi tarbiyah dirumuskan sebagai berikut :
  • Tarbiyah membentuk seseorang menjadi seorang pendakwah yang produktif dan mampu menanggung beban dakwah.
  • Tarbiyah mengolah seseorang menjadi peribadi yang memiliki wawasan ilmiah dengan berbagai ilmu pengetahuan.
  • Tarbiyah mengeluarkan potensi setiap orang demi mendukung dan mewujudkan cita-cita secepat mungkin.
Paparan di atas menunjukkan bahwa impian (hasil yang diharapkan) tarbiyah tidak berhenti pada aspek-aspek formal semata-mata, sebaliknya, visi tarbiyah melewati aspek formal dan menyentuh aspek substantif dalam tarbiyah. Sesungguhnya, adalah lebih penting untuk menjawab persoalan `Adakah kita sudah ditarbiyah?' dengan jawaban yang lebih substantif berbanding hanya pada aspek formal.

Untuk melihatnya pada aspek substantif, perlu dibuat suatu definasi, apakah yang menjadi nilai substantif dalam tarbiyah tersebut. Dengan yang demikian, kita akan lebih bertanggung jawab dalam menjawab persoalan `Apakah kita sudah ditarbiyah' tersebut. Tentu sahaja, pendefinasian nilai substantif ini bukan dalam rangka menafikan aspek formal tarbiyah.

Ada banyak ayat dalam Al-Qur'an yang memakai kata `rabb' atau `ar-rabb'. `Rabb' adalah nama Allah dalam ertikata sebagai pendidik dan pemberi perhatian. Bahan `rububiyatullah' mengajarkan kepada kita tentang peranan Allah dalam menciptakan alam semesta, memberinya rezeki dan sekaligus menguasainya.

Abdul Rahman An-Nahlawi menjelaskan tiga akar kata untuk tarbiyah, iaitu :


`Raba-yarbu' yang bermakna bertambah dan berkembang.
`Rabiya-yarba' yang bermakna tumbuh dan berkembang.
`Rabba-yarubbu' yang bermakna memperbaiki, mengurus, mengatur, menjaga, dan memerhatikan.

Imam Baidhawi menyebutkan bahawa :

“..Perkataan `ar-rabb' memiliki makna tarbiyah yang ertinya menyampaikan sesuatu hingga mencapai kesempurnaannya setahap demi setahap..”

Tarbiyah adalah sebuah proses yang menumbuhkan sesuatu setahap demi setahap hingga mencapai batas kesempurnaannya.

Berdasarkan makna tumbuh dan kembang tersebut, Abdul Rahman Al-Bani meletakkan empat unsur penting dalam tarbiyah :


  • Menjaga dan memelihara fitrah anak didik.
  • Mengembangkan bakat dan potensi anak didik sesuai dengan sifat khusus masing-masing.
  • Mengarahkan potensi dan bakat tersebut agar mencapai kebaikan dan kesempurnaan.
  • Dilakukan secara bertahap.
Satu perkara yang dirasakan sangat menonjol dalam beberapa makna tarbiyah di atas adalah tentang :

  • Pemerkasaan.
  • Memperbaiki.
  • Menjaga.
  • Menumbuhkan.
  • Memberi penekanan pada sifat khas individu.
  • Perlaksanaan secara bertahap.

Tarbiyah dilaksanakan sesuai dengan tahap-tahap demi sebuah proses pemerkasaan, perbaikan, penjagaan, penumbuhan dan penguatan karakter.

Tahapan tarbiyah dilakukan dengan sebuah jaminan bahwa ia bukan sebuah proses yang berbentuk mekanikal dan berdasarkan urutan.

Apakah kita sudah ditarbiyah jika semakin hari justeru kita semakin :

  • Tidak berdaya.
  • Hilang karakter positifnya.
  • Buruk akhlaknya.
  • Kerdil jiwa dan pemikirannya.

Apakah kita sudah ditarbiyah jika perkara-perkara tersebut berlaku dalam diri kita?

Untuk memberikan penekanan kepada aspek pemerkasaan, huraian berikut cuba menawarkan kepada kita beberapa kaedah sekaligus sebagai alat bantu untuk menjawab persoalan samada kita sudah ditarbiyah.

1. Kita sudah ditarbiyah jika kita terbuka terhadap perubahan.

Kita telah ditarbiyah ketika kita mengembangkan sikap terbuka terhadap perubahan. Hasil akhir dari semua proses pembelajaran adalah perubahan; termasuk tarbiyah. Hasil akhir dari tarbiyah adalah berlakunya perubahan.

Perubahan dipercayai oleh ramai orang sebagai sebuah kemestian. Bahkan, perubahan diyakini sebagai sesuatu yang tetap di dunia ini. Oleh kerana itu, sikap terbuka dan kemampuan beradaptasi menjadi syarat utama seorang aktivis dakwah.

Seperti juga ulat, insan-insan produk dari tarbiyah bagaikan makhluk yang sentiasa melakukan `metamorfosis' menuju keadaan yang lebih baik.

Insan tarbiyah bukanlah ulat yang tetap bertahan sebagai ulat, meskipun keadaan dan ulat-ulat lainnya telah melangkah ke fasa kepompong. Ulat tarbiyah rela untuk meninggalkan lazatnya dedaun untuk sebuah masa depan.

Demikian pula ketika fasa kepompong berakhir, ulat tarbiyah juga segera merobek kantung tidurnya dan terbang tinggi ketika masa untuk terbang telah tiba. Hangatnya kantung kepompong dengan segera mereka tinggalkan.

Keberkesanan tarbiyah patut kita pertanyakan ketika kita menganggap diri kita telah sempurna atau setidaknya telah merasakan keletihan untuk terus berubah.

Dalam beberapa peristiwa, insan tarbiyah `terlanjur' besar dalam keadaan tertentu dan sukar untuk berubah ketika keadaan persekitaran telah berubah.

Perasaan telah menjadi sesuatu yang besar itulah yang membunuh tujuan akhir dari tarbiyah.

2. Kita sudah ditarbiyah jika mampu bersikap tegas dan menghindari sikap agresif.

Kita telah ditarbiyah ketika menjadi manusia yang tegas dan bukan agresif. Menjadi insan yang tegas tidak semestinya menumbuhkan sikap agresif. Menolak praktik syirik, menolak kemaksiatan, mempertahankan strategi dakwah, menjelaskan tujuan dakwah dan menegakkan disiplin memang memerlukan ketegasan, tetapi tidak memerlukan sikap agresif.

Merendah-rendahkan serta memburukkan lawan, menciptakan stereotaip atau menfitnah lawan bahkan mencederakan pesaing adalah tindakan-tindakan agresif yang kontra-produktif.

Para pelaksana tarbiyah mesti menyedari kepentingan siasah jangka panjang dan penjagaan azam dan tekad dalam dakwah.

Oleh kerana itu, produk dari tarbiyah adalah insan yang :

a. Tegas dalam prinsip.

b. Memiliki tekad yang tinggi.

c. Sabar dan tahan lasak.

d. Tidak dapat diprovokasi untuk melakukan tindakan-tindakan kontra-produktif.

Maka, adakah kita sudah ditarbiyah?

3. Kita sudah ditarbiyah jika kita menjadi peribadi yang proaktif.

Kita telah ditarbiyah ketika bersikap proaktif dalam perkara-perkara yang bermanfaat. Memang tidak dapat dinafikan bahwa orang yang bertanggungjawab dalam proses pemerkasaan adalah `murabbi', namun kenyataan tersebut tidak dapat dijadikan sebagai hujjah bagi sikap pasif `mad'u'.

Rasulullah saw berpesan :

"Bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara yang memberikan manfaat dan janganlah kamu lemah / mudah menyerah."

Sebuah kemanfaatan mesti kita usahakan dengan bersungguh-sungguh. Jika dengan usaha bersungguh-sungguh itu pun belum pasti kita akan berhasil, apalagi mengharapkan kebaikan dengan cara yang pasif.

Kesempatan belajar, kesempatan menjalankan perniagaan dan kesempatan-kesempatan lainnya tidak boleh disia-siakan hanya kerana belum mendapat restu dari `murabbi' atau juga kita berpangku tangan menunggu wasilah-wasilah yang disyorkan oleh `murabbi'.

Hanya mengambil wasilah yang disarankan dalam suasana persaingan yang sedemikian tinggi adalah sikap pasif yang pada akhirnya akan merugikan perlaksanaan tarbiyah.

Saranan memang diperlukan dan `syura' memang perlu dilakukan, tetapi kedua perkara tersebut bukan alasan untuk tidak bersikap proaktif. Justeru `syura' akan lebih dinamik dan saranan-saranan akan memiliki kepelbagaian jika peserta `syura' melakukannya dengan proaktif.

Maka, adakah kita sudah ditarbiyah?

4. Kita sudah ditarbiyah jika menjadi peribadi yang memiliki sikap suka menilik diri sendiri.

Kita telah ditarbiyah ketika tidak mudah menyalahkan orang lain. Bahkan sebaliknya, di dalam institusi tarbiyahlah kita mengembangkan sikap introspeksi diri kerana komuniti tarbiyah adalah komuniti manusia dengan segenap keunggulan dan sekaligus kelemahannya. Interaksi kemanusiaan ini memang berpotensi menonjolkan kelemahan orang lain dan menyembunyikan kelemahan diri kita.

Gajah di pelupuk mata memang kerap kali tidak ternampak walaupun terlampau besar. Sebaliknya, kuman atau bahkan `bayi kuman' orang lain nampak begitu jelas di depan mata walaupun duduk di seberang sungai.

Tarbiyah menghantarkan seseorang untuk sedar akan pentingnya berinstitusi atau berjamaah dalam menegakkan agama; sebuah kesedaran bahwa tulang punggung dan bahunya tidak akan berkuasa untuk menanggung beratnya beban dakwah ini seorang diri.

Namun, kesedaran ini juga mesti diikuti dengan kesedaran bahwa sebuah jamaah atau institusi dakwah apa pun adalah institusi manusia dengan segenap kemanusiaannya. Di sana ada keunggulan, kecerdasan dan kehebatan namun dalam masa yang sama juga berserakan dengan kealpaan, kecuaian, ego serta kepentingan individu.

Tarbiyah menjadikan seseorang memiliki kesedaran bahwa berjamaah atau berorganisasi tetaplah lebih baik daripada bersendirian dengan kelemahan dan keunggulan peribadi.

Proses tarbiyah dengan segenap wasilahnya mestilah sangat dekat dengan pelajaran-pelajaran introspeksi dan tidak mudah menyalahkan orang lain serta memiliki kecukupan wasilah latihan untuk menekan sifat `takabur'nya terhadap orang lain.

5. Kita sudah ditarbiyah jika menjadi peribadi yang bebas.

Kita telah ditarbiyah ketika menjadi insan yang bebas dan merdeka, bukan manusia yang bergantung kepada orang lain.

Fakta empirik menggambarkan bahwa para pahlawan kita memiliki jiwa merdeka yang membangkitkan tenaga besar dalam perjuangannya.

Rasulullah saw adalah peribadi yang bebas dan merdeka, jauh dari campur tangan siapa pun. Demikian pula para sahabat Nabi yang tercinta, tidak terkecuali sahabat yang dulunya dikenal sebagai hamba.

Bilal bin Rabah, Yasir dan Sumayyah bukan lagi insan yang mudah dipengaruhi oleh tuannya sekalipun ketika berhadapan dengan prinsip yang mereka yakini.

Penjajahan nafsu atas jiwa manusia merupakan bahaya yang terpendam. Jiwa kebiasaannya mudah tunduk oleh harta benda, jawatan, kemudahan atau lainnya.

Menurut Dr.Yusuf Al Qardhawi, hati yang diisi dengan perkara-perkara yang buruk akan menyebabkan pola fikir dan gerakan seseorang menjadi tidak teratur dan rapuh.

Misalnya, hati seseorang diisi dengan dengki terhadap kenikmatan kereta baru saudaranya. Maka pola pikir seseorang yang hatinya dijajah oleh kedengkian menjadi tidak teratur, tidak produktif dan pola gerakannya pun menjadi rapuh.

Segenap potensi fikiran dan gerakannya terfokus kepada saudaranya dan menjadi sangat sensitif terhadap perkara itu. Pada akhirnya, hidupnya menjadi tidak produktif kerana berlakunya pembaziran terhadap potensi diri.

6. Kita sudah ditarbiyah jika kita adalah peribadi yang berperasaan, tetapi tidak emosional.

Kita telah ditarbiyah ketika tarbiyah menjadikan hati dan perasaan kita hidup tanpa terjebak dalam sikap emosional. Selain itu, kita juga sentiasa bersiap siaga menghadapi ujian dan tidak sebak menghadapinya serta tidak mudah terpukul oleh sebuah kegagalan.

Emosi keagamaan adalah sebuah tenaga yang mendorong untuk sentiasa berperilaku dalam wilayah agama sedangkan sikap emosional dalam beragama adalah pernyataan yang tidak menguntungkan dan biasanya ditimbulkan oleh peribadi yang tidak bersedia menghadapi kenyataan.

Begitu pula para syuhada' dalam menyongsong syahid. Hidup mulia atau mati syahid menjadikan mereka tidak gentar menyongsong kematian bahkan sebahagian para sahabat terpaksa menunggu-nunggu bila waktu syahidnya menyongsong tiba.

7. Kita sudah ditarbiyah jika kita sanggup belajar dari kesalahan.

Sebagai manusia yang ditarbiyah, tentunya kita tetap tidak terbebas dari kesalahan. Ia tetaplah manusia yang berkemungkinan berbuat salah. Justeru, penyikapan seseorang terhadap kesalahan yang dilakukannya itulah yang menjadi ukuran apakah samada dia sudah ditarbiyah atau tidak.

Seseorang yang ditarbiyah adalah seseorang yang menjadikan kesalahan yang dilakukannya sebagai salah satu cara untuk belajar. Terpukul dan sakit adalah suatu yang wajar ketika seseorang melakukan kesalahan.

Perkara yang tidak wajar adalah perasaan sakitnya itu membunuh kemampuan belajarnya. Ketika kemampuan belajarnya telah mati maka kemampuan untuk berubah pun menjadi pudar.

Kita sudah ditarbiyah jika kita adalah manusia yang bersiap siaga menghadapi segala sesuatu di masa depan. Menghadapi sesuatu di masa depan pasca kesalahan kita memang bukan mudah.

Krisis kepercayaan diri, berkurangnya kepercayaan dari lingkungan dan ketakutan adalah perkara-perkara yang akan menjadi trauma dan tidak mudah untuk menghadapinya, namun, kita mesti bertanggung jawab dengan menjawab pertanyaan :

`Sudahkah kita ditarbiyah untuk menjadi peribadi yang sanggup belajar dari kesalahan?'

8. Kita sudah ditarbiyah jika bersikap realistik dan berfikiran relatif dalam kehidupan di masa sekarang.

Kita telah di tarbiyah ketika kita mampu bersikap realistik, berfikir secara relatif dan tidak memberi kepercayaan secara mutlak. Dunia kita ini tidak selalunya hitam putih. Tidak ada peribadi, individu mahupun institusi yang serba putih dan demikian pula sebaliknya.

Oleh kerana itu, yang diperlukan oleh dunia adalah peribadi yang mampu berfikir secara realistik dan memiliki kemampuan untuk mengimplementasikan konsep atau idealismanya di dunia ini.

Menghakimi atau menuding sebahagian pihak oleh pihak yang lain akan lebih banyak menghasilkan suasana beragama secara sepihak sedangkan di sisi yang lain, dunia tidak merasakan kemanfaatan dari perlaksanaan sebuah idealisma.

Oleh kerana itu fahamlah kita mengapa disasarkan agar tarbiyah menghasilkan `pendakwah' BUKAN `penghukum atau hakim'.

"..Ya Allah, kami memahami bahwa walaupun kami sudah mempunyai murabbi, mengikuti halaqah dan mendapat bahan tarbiyah, namun belum tentu kami benar-benar sudah ditarbiyah selagi hasil yang diharapkan dari proses tarbiyah tersebut tidak kami rasai dan tidak memberikan motivasi untuk kami bekerja dengan lebih produktif. Berilah kekuatan kepada kami supaya kami mampu istiqamah di atas jalan tarbiyah sehingga kami dipanggil pulang kepadaMu dalam keadaan redha dan meredhai.."



- selangor.ikram -

.Ali Ibn Abi Talib.

"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."

.Imam Shafi'ie.

"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."

.Abu Hamid Al-Ghazali.

"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."

.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.

“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”

.Motivasi.

"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"

.Ibn Qayyim.

“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”

.Renungkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”

Riwayat al-Hakim

.Surah Yunus, Ayat 12.

"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."

.Antibiotik HATI.

"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."

.Mafhum Hadith.

“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”

.Mutiara Hati.

"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Asy-Syahid Hassan al-Banna

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :

“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

.Jalan Mujahadah.

Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..

Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...

Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...

Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...

Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..

Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."

.ALLAH Menyayangi HambaNya.

Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..

Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.

Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..

.Hasan al-Basri.

"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."