Saturday, April 07, 2012

Coretan Buat Ikhwah

Daurah | Masjid As-Syakirin, Pekan

Ikhwah,
Masih segar dalam ingatan aku, kali pertama kite berkenalan. Masing-masing punya latar hidup yang berbeza. Engkau dengan dunia engkau, dan aku dengan dunia aku. Seakan tiada titik temu untuk kite mula bicara. Tapi perancangan Tuhan itu amat cantik, dijadikan kite teman, baik semase duka, mahupun suka.
Ziarah | UMP , Pekan

Ikhwah,
Dahulunya kite sama-sama berada dalam kegelapan. Walau ada mentari menyinari, tetapi kelam rasa di hati. Lumrah anak muda fikir kite. Bercinta, bergelak tawa, dan seribu macam perkara lagi kite kongsikan. Hidup ini cuma tempat kite bersenda gurau barangkali.

Riadah | Pantai Sepat, Pekan

Ikhwah,
Aku masih ingat lagi, tatkala pertama kali kite dikumpulkan atas dasar agama. Aku sendiri keliru, adakah betul jalan ini yang kite mahu. Tapi engkau meyakinkan aku, bahawa inilah jalan untuk kite menemui Yang Satu. Keyakinan engkau menyebabkan aku yakin dan percaya, inilah yang sepatutnya kite pilih.
Kem Fasilitator | Bukit Damar, Lanchang

Ikhwah,
Persaudaraan kite kini diisi dengan rasa cinta semata-mata kerana Allah Taala. Jaulah, daurah, katibah, usrah, malah riadhah tambah mengikat hati kite. Kite msih lagi boleh bergelak tawa, tetapi gurau kite kini terisi dengan ana wa enta, tarbiyah dan dakwah. Sama -sama kite berkumpul mengislah diri kerana kite tahu, hamsah kite ketika ini berguna buat ummat.

Hari Terakhir Bersama Akhi Nafis | KLIA Airport

Ikhwah,
Walau kite kini jauh terpisah merentasi benua dan sempadan geografi, tapi aku percaya bahawa ikatan ukhuwah ini tiada pemutusnya. Tidak dibatasi dengan sempadan dunia. Moga kite tetap tabah mengharungi nilai-nilai tarbiyah dalam kehidupan.

Daurah | Masjid As-Syakirin, Pekan

Ikhwah,
Andai didunia ini kite tidak lagi bertemu, aku harapkan di syurga kelak kite bersua. Menagih janji dari Allah yang kite sama-sama imani. Aku doakan agar engkau terus tabah, tetap teguh mengharungi jalan ini. Jalan ini panjang dan penuh duri. Tatkala engkau hampir jatuh, hulurkan tanganmu, jika bukan aku yang menyambut, aku pasti akan ada tangan lain yang bisa menarikmu kembali.
 

'..Ukhwah fillah, Abadan Abada..'

Firman Allah yang bermaksud:
"..(ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan, dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).." 
- [Surah Muhammad Ayat 36]

Monday, April 02, 2012

Nilai DIRI KITA




Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
 

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
 

Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
 
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
 
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.