Monday, November 28, 2011

10 Kategori SOLAT



  1. Mereka yang telah mengucapkan 2 Kalimah Syahadah serta mengaku Islam akan tetapi beliau ingkar akan perintah ALLAH bahkan langsung tidak pernah mendirikan SOLAT sepanjang hayat… 
  1. Mereka yang SOLAT bermusim  2 kali setahun iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban..itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi SOLAT di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini kerana meninggalkan tuntutan yang fardu tetapi mengamalkan amalan yang sunat…
  1. Mereka yang SOLAT kadang-kadang atau sekali-sekala mengikut kehendak nafsu sendiri. Maka akan sentiasa rugilah bagi golongan ini… 
  1. Mereka yang mempunyai ILMU LAHIRIAH tanpa ILMU BATINIAH, yakni mengerjakan SOLAT tapi sayang kosong SOLATnya seperti jasad yang tiada roh…  
  1. Mereka yang cukup SOLATnya 5 waktu, berilmu lahiriah serta batiniah, akan tetapi masih lalai zahir dan batin…
  1. Mereka yang cukup SOLATnya 5 waktu, berilmu lahiriah serta batiniah, akan tetapi hanya Khusyu’ pada zahir sahaja bahkan batin masih lalai…
  1. Mereka yang cukup SOLATnya 5 waktu, berilmu lahiriah serta batiniah, Khusyu’ mengerjakan SOLAT, tetapi masih belum merasa Nikmat dalam Beribadah… 
  1. Mereka yang cukup SOLATnya 5 waktu, berilmu lahiriah serta batiniah, Khusyu’ dalam mengerjakan SOLAT zahir dan batin…
  1. Mereka yang cukup SOLATnya 5 waktu, berilmu lahiriah serta batiniah, Khusyu’ mengerjakan SOLAT dan sentiasa merasa Nikmat Dalam Beribadah…
  1. Mereka yang cukup SOLATnya 5 waktu, berilmu lahiriah serta batiniah, Khusyu’ mengerjakan SOLAT dan sentiasa merasa Nikmat Dalam Beribadah. Mereka juga dapat merasakan nikmat kehadiran ALLAH SWT dihadapannya sepanjang mengerjakan SOLAT. Maka terbukalah HIJAB bermula dari TAKBIRATUL-IHRAM sehingga selesai memberi salam…SUBHANALLAH...

 

...Wallahua’lam… 



No comments:

Post a Comment