Saturday, November 26, 2011

ISTIQAMAH DALAM MEMELIHARA AMANAH


Sebuah hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim..,

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

“..Tiga petanda orang munafik; apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya..”

Di sini jelas lagi bersuluh dan tidak diragui lagi akan sikap seorang yang munafik yang digambarkan oleh Hadis Rasulullah S.A.W di atas...

MUNAFIK – Hipokrit 
(Hipocryte : who are outwardly Muslims but inwardly unbelievers)

Munafik membawa simbol ketidakjujuran seseorang terhadap agama Islam yang dianutinya. Percayalah bahawa tiada tempat untuk orang munafik di syurga kelak...

Begitulah jika seseorang itu tidak jujur (lari) daripada tanggungjawab, terlalu banyak alasan, bercakap di mulut lain di hati, maka tiada syak wasangka lagi bahawa jiwanya mesti dicuci dengan pencuci ‘HIPOKRASI’ yang berjenama IMAN...

Bagi kita yang memegang amanah Islam, andainya mempunyai kenalan sama ada saudara mara atau sahabat handai yang mempunyai sifat itu dengan jelas, maka kewajipan kita untuk kita melunaskan amanah dengan memperingatinya akan seruan amal kebaikan. Jika kita gagal melakukannya, maka kita juga telah mengkhianati dan memungkiri amanah yang diberi sebagai seorang MUSLIM...


Sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmab dan ibn Hibban..,

Daripada Anas Bin Malik R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

“..Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji..”

Ingatlah sahabat-sahabat, sebanyak mana pun ibadah yang ditunaikan, sebanyak mana pun ilmu yang dituntut dan sebanyak mana pun kebaikan yang dicurahkan, andainya semua itu dengan nyatanya untuk menunjuk-nunjuk (Riya’) maka amanah sebagai seorang Muslim hanya tinggal harapan..

...Na’uzubillahi-min-zaalikk...

Perolehlah sifat yang baik serta dengan niat yang suci agar kite berikhtiar bersama  menyampaikan hanya perkara yang baik-baik dengan saling memperingati..InsyaALLAH kita mengharap rahmat atas ilmu yang dikurniakan sehingga dapat merealisasikan amanah yang diberi...

...Amiinnn...


GenQ,Vol.01,Isu 02

No comments:

Post a Comment