"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."
7 Cara Bersahabat Kerana Allah
Assalamualaikum..,Alhamdulillah marilah pakat2 syukur ke hadrat ILLAHI kerana dgn limpah kurnia-Nya dikurniakan lagi kepada kite nikmat kehidupan sehingga ke saat ini...Harini mungkin ramai yang akan menganggap hari yang paling bertuah kerana faktor tarikhnya yang agak cantik yakni 11.11.11...Tp sedarlah wahai sahabat, tarikh itu hanya sekadar nombor yang menandakan bilangan hari sahaja...ape ade pada tarikh jika diri kite masih di tampuk yang lama...marilah pakat2 muhasabah diri...InsyaALLAH berkat pagi penghulu segala hari ni (JUMAAT) saye ingin berkongsi sedikit mengenai cara-cara kite bersahabat kerana ALLAH taala..
Secare jujurnya, bukan mudah untuk kite menjadi sahabat sejati yang terbaik lebih-lebih lagi apabila kite dah semakin melangkah ke alam dewasa, masing-masing ade komitmen lain. Sahabat ketike kite senang dan gembira memang senang ditemui, akan tetapi berape ramai sahabat kite yang sanggup menemani kite terutamanya apabila kite menghadapi kesusahan..?
Tetapi walauapapun,kite mestilah mencuba menjadi sahabat yang paling mulia...
7 Cara Bersahabat Kerana Allah1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanyaNabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'(HR Abu Daud)
2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannyaNabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)
3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnyaNabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)
4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannyaNabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)
5.Amalan ziarah-menziarahiNabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'
6.Memberi HadiahNabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)
7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahanNabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)
*Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)
.Ali Ibn Abi Talib.
"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."
.Imam Shafi'ie.
"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."
.Abu Hamid Al-Ghazali.
"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."
.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.
“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”
.Motivasi.
"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"
.Ibn Qayyim.
“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”
.Renungkan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”
Riwayat al-Hakim
.Surah Yunus, Ayat 12.
"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."
.Antibiotik HATI.
"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."
.Mafhum Hadith.
“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”
.Mutiara Hati.
"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Asy-Syahid Hassan al-Banna
Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :
“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
.Jalan Mujahadah.
Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..
Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...
Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...
Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...
Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..
Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."
.ALLAH Menyayangi HambaNya.
Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..
Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..
Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..
Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..
Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...
.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.
Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..
.Hasan al-Basri.
"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."
0 Comment:
Post a Comment