Ahli band (2011):
- Nasaie - Vocalist
- Nazrie - Lead / guitar / 2nd vocalist / Composer
- Riena - Bassist / Researcher
- Samuel - Keyboardist / Composer
- Amirul - Drummer / Designer
Al Farabi merupakan seorang ilmuan yang banyak menyumbang dalam bidang sains, falsafah, sosialogi, perubatan, matematik dan muzik. Konsep keagamaan, ketuhanan dan nasihat cukup jelas menerusi lirik setiap lagu yang dimuatkan dalam mini album mereka. Namun mendengar pada muzik bawaan mereka jelas muzik tipikal rock tidak mampu di sembunyikan Cuma mungkin stail muzik mereka diolah sedikit untuk menyesuaikan bunyi dengan lirik dan konsep bawaan mereka.
Secara keseluruhan mini album ini hasilnya kurang memuaskan kalau kita dengar mixing dan imbangan muzik mereka. Apa yang dihasilkan terdengar masih raw(mentah) dan perlu diperhalusi lagi untuk mendapatkan bunyi yang lebih mantap. Kualiti vokal kalau kita amati bunyi harmoni masih boleh diperhalusi lagi. Apapun ini merupakan satu percubaan yang cukup baik dan berani dari Al Farabi Band kerana berani mengusulkan konsep album kegamaan yang jelas.
Bukan sebelum ini tiada lagu sebegini seperti lagu dari band Wings - Bernafas dalam lumpur, XPDC - Hijau bumi tuhan, dari album nasyid kumpulan Mestica lagu Badar 313. Al Farabi tampil dengan berpakaian mengikut lunas-lunas Islam yang mana mereka memakai serban dan pemain gitar wanitanya bertudung. Ini merupakan sesuatu yang unik dan agak baru dalam dunia rock tempatan.
Mini album Al Farabi Band memuatkan 5 buah lagu iaitu ;
1. Never turn back (Instrumental)
2. Amanat
3. Searching the truth
4. Evolusi
5. Sunnah berjuang.
2. Amanat
3. Searching the truth
4. Evolusi
5. Sunnah berjuang.
No comments:
Post a Comment