Wednesday, November 16, 2011

KAWAN & Tak KAWAN



Boleh tak kalu kite hidup nie tanpe ade kawan atau saing atau sahabat...??

Boleh tak kalu kite lari bersembunyi jike ade orang nak berkawan dengan kite...??
 
Boleh tak kalu kite duduk je kat rumah sepanjang hayat kite tanpe bercampur gaul dgn masyarakat luar..?
 
Boleh tak kalu kite bercakap sorang diri atau bercakap dengan ‘DIE Stamping Machine’ yang langsung tidak bernyawa...?


Bismillahirrahmanirrahimm....

 Jawapannye tentunya TAK BOLEH, kerana orang yang tidak berkawan adalah orang yang GAGAL dalam hidupnya. Orang seperti ini sering diumpamakan seperti ‘KERA SUMBANG’ (takut hidup bermasyarakat)

'...JIWAnya kosong, 
CAKAPnya kosong, 
FIKIRANnya kosong, 
SENYUMANnya kosong 
HIDUPnya kosong...'

Jadi saing-saing sekalian, marilah kite pakat-pakat berkawan atau dalam kata yang lain ‘Hidup Berjemaah’. Bukalah pintu dan jendela HATI untuk menerima sahabat-sahabat baru. Banyak kelebihan dan faedah yang boleh kite kutip dari mereka. Selain berkongsi pengalaman kite dapat juge bertukar-tukar ilmu dan fikiran. 

Dalam memilih sahabat, kite sebagai seorang muslim/muslimah dituntut untuk CEREWET dalam memilih supaya kite berbahagia di Dunia mahupun di Akhirat..

Sahabat yang mcmmne kite harus pilih ye....?

InsyaALLAH ambe akan kongsi sedikit pesanan Imam Al-Ghazali dalam cara memilih sahabat;


Pilih Sahabat yang BERAKAL
Jangan pilih sahabat yang BODOH kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati


Pilih Sahabat yang BERAKHLAK
Jangan pilih sahabat yang jahat kerana kite mungkin akan dirangsang nafsu jahatnya


Pilih Sahabat yang SOLEH
Jangan pilih sahabat yang fasik kerana akan diajar kepada kite pekerjaan dosa dan maksiat


Pilih Sahabat yang BERSEDERHANA
Jangan pilih sahabat yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah


Pilih sahabat yang BERCAKAP BENAR
Jangan pilih sahabat yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa


Secare kesimpulannye, kesemua nasihat Imam Al-Ghazali di atas membawa maksud bahawa;

‘Sahabat boleh mempengaruhi perjalanan hidup kite di dunia. Jika BAIK bersahabat maka BAIKLAH perangai kite, Jika BURUK bersahabat maka BURUKLAH perangai kite’.

Diriwayatkan daripada Al-Tirmizi dan Al-Hakim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya, akan hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat”


InsyaALLAH pasti ada Jalannya :)