أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."

Tuesday, November 01, 2011

BERPADA-PADALAH DALAM MEMUJI



Assalamualaikummm....

Memang tak dapat kite nafikanlah bahawa ramai insan di dunia ni suke sangat bile dipuji, tetapi yang membezakan setiap orang yang dipuji tu adalah cara penerimaan masing-masing. kalau iman insan yang dipuji itu kuat dan utuh,maka akan dikembalikan semula pujian itu kepada rabbul a’lamiin, ALLAH s.w.t....

Bagi kite sebagai seorang muslim / muslimah, kite kenelah menilaikan dulu sesuatu pujian yang diberikan kepada kite. Sebab kadang-kadang kite rase takut atau bimbang apabila kite dipuji kita akan merasa kembang dan akan timbulnya satu perasaan Riya’ dan Takabbur..Ade juga dalam kalangan kite ni memuji sebab ade niat lain..kalau orang pantai timor kate 'MAIN ANGIN'..dari situ dah terang lagi bersuluh menunjukkan pujian kite itu tidak IKHLAS dan juge akan memangkinkan perasaan yg kurang elok kepada insan yang dipuji itu..

..na’uzubillahimin-zaalikk..

Riya’ adalah sifat mazmumah yang sememangye suatu sifat yang sangat-sangat tidak baik. Pada hakikatnya seseorang yang bersifat Riya’ akan cube sedaya upaya untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar orang lain tahu kehebatan diri dia, kebaikan yang die lakukan, perjuangan yang dia perjuangkan dan juga amalan-amalan rutin yang dikerjakan sehinggakan mengenetepikan keikhlasan yang sepatutnye diiringi bersame...

Dalam Perkara Ini, Saiyidina Ali Bin Abi Talib Pernah Berkata Yang Bermaksud :

“..Orang Yang Bersifat Riya’ Itu Mempunyai Beberape Tanda; Malas Apabila Bersendirian Tetapi Rajin Apabila Di Khalayak Ramai, Menambahkan Amal Kebaikan Apabila Dipuji Tetapi Mengurangkannya Apabila Tiada Dipeduli..”

Jadi, pesanan kepada diri kita yang hendak memuji seseorang yang lain, pujilah kepada perkara yang elok-elok dan molek-molek sahaja ye....janganlah kite memuji kepada perkara-perkara maksiat seperti suara yang sedap bile menyanyi, pandai mencuri, pandai menipu apabile berurusan dan lain-lain...

Kepada Sahabat2 seperjuangan,marilah kite same2 pakat berusaha untuk menjaga hati masing-masing dan juga hati-hati yang lain..jika dulu mungkin kite ade buat salah silap ataupun tingkahlaku kite yang kurang elok, insyaALLAH lepas ni kite kurang-kurangkan la..buang la segale yang keruh2 tuh,ambil yang jernih2 je...semua orang tak pernah terlepas dari membuat silap...amek iktibar selagi hayat masih ade... :)

- Pakat2 beringat belake ye..insyaallah - :] -

0 Comment:

.Ali Ibn Abi Talib.

"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."

.Imam Shafi'ie.

"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."

.Abu Hamid Al-Ghazali.

"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."

.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.

“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”

.Motivasi.

"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"

.Ibn Qayyim.

“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”

.Renungkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”

Riwayat al-Hakim

.Surah Yunus, Ayat 12.

"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."

.Antibiotik HATI.

"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."

.Mafhum Hadith.

“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”

.Mutiara Hati.

"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Asy-Syahid Hassan al-Banna

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :

“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

.Jalan Mujahadah.

Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..

Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...

Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...

Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...

Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..

Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."

.ALLAH Menyayangi HambaNya.

Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..

Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.

Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..

.Hasan al-Basri.

"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."