أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."

Sunday, November 06, 2011

HARI RAYA AIDILADHA 2011


Assalamualaikummm...insyaALLAH sedikit perkongsian mengenai Hari Raya Qurban (AIDILADHA)...muge2 same2 dapat input dan manfaatnya..insyaALLAH.. :)

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud:
“..Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri..”

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ‘syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:
“..Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)..”
(Surah Al Maidah, ayat 48)


Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“..Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan..”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.


Allah berfirman yang bermaksud:
“..Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan..”
(Surah Al-Haj, ayat 37)


Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.


Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud:
“..Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa..”
(Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah.



Wallahu'alam!~
-:)-

*Artikel dipetik dari 'http://nurjeehan.hadithuna.com/'

0 Comment:

.Ali Ibn Abi Talib.

"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."

.Imam Shafi'ie.

"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."

.Abu Hamid Al-Ghazali.

"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."

.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.

“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”

.Motivasi.

"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"

.Ibn Qayyim.

“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”

.Renungkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”

Riwayat al-Hakim

.Surah Yunus, Ayat 12.

"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."

.Antibiotik HATI.

"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."

.Mafhum Hadith.

“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”

.Mutiara Hati.

"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Asy-Syahid Hassan al-Banna

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :

“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

.Jalan Mujahadah.

Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..

Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...

Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...

Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...

Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..

Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."

.ALLAH Menyayangi HambaNya.

Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..

Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.

Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..

.Hasan al-Basri.

"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."