أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."

Wednesday, November 23, 2011

Indahnya Bila Hidup Mencari Makna


Saya baru sahaja duduk untuk makan tengahari di sebuah restoran apabila lagu Gadis Melayu nyanyian Jamal Abdillah berkumandang di kaca televisyen. Lantas saya memandang Sazli yang sedang menyuap nasi. Walaupun tadi, dia kata dia lapar dan kerana itu saya beri dia peluang menceduk nasi dan makan dahulu, namun kini saya nampak nasi yang disuapnya bagai tersekat di halkum.

"Apa khabar dengan Ayzura?" tanya saya. 

Sazli hanya menggeleng tanpa memandang wajah saya.Kening saya terangkat kerana sedikit hairan. Sebenarnya lagu Gadis Melayu adalah lagu kesukaan Sazli. Apabila dia berkenalan dengan Ayzura, 'seorang gadis Melayu terakhir' kerana keayuan dan kelembutannya, Sazli semakin kerap menyanyikan lagu itu terutama sekali apabila pulang berdating.

Apabila kami tamat pengajian, saya tahu Sazli dan Ayzura sedang hangat bercinta. Saya gerenti Sazli akan mengahwini 'gadis Melayunya' itu. Dan, bila bertemu Sazli tengahari ini setelah 10 tahun berpisah, soalan saya mengenai Ayzura bila terdengar lagu di TV itu tentulah bertanyakan gadis Melayunya bernama Ayzura yang kini isterinya. Tetapi..,

"Gadis Melayu aku tu dah kahwin dengan mat salih!" kata Sazli perlahan sebelum meneguk sirap.

Nyata sekali lagu Gadis Melayu sudah menjadi kenangan yang mengusik jiwa Sazli.

Jika sebelum ini lagu itu menjadi siulan Sazli kerana kerancakan temponya.., 
kemudian menjadi nyanyian kerana beliau telah menemui gadis Melayunya.., 
kini irama lagu itu umpama duri yang merobek kembali luka di hatinya..,

Betapa lagu Gadis Melayu itu telah memberi TIGA makna kepada Sazli.

Dalam melihat makna kepada sesuatu peristiwa itu, kita juga mempunyai makna yang berbeza bila ia dialami pada waktu yang berlainan. Sambal belacan adalah sejenis makanan yang tidak disukai seseorang sewaktu kecil kerana pedasnya. Apabila meningkat dewasa ia adalah kesukaan pula kerana membuka selera. Kini, sambal belacan menjadi makanan pantang kerana seseorang itu sudah tidak boleh memakannya kerana mengalami alahan resdung.

Makna bagi sesuatu perkara itu boleh juga berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain. Umpamanya, hujan itu bermakna bagi petani kerana ia akan menyuburkan tanamannya. Hujan bagi kanak-kanak adalah waktu yang seronok untuk bermain. Hujan bagi kebanyakan daripada kita yang bekerja pula adalah penghalang pergerakan seharian kita.




Soalnya, mengapa kita perlu mencari makna terhadap apa yang kita lalui...? 

Hidup kita yang terlalu tersusun pada hari ini menjadikan kita umpama robot. Lebih tiga suku perkara yang kita lakukan setiap hari adalah perkara yang sama dan berulang. Sejak bangun tidur, bersiap untuk bekerja, bersarapan, bergerak ke tempat kerja, bekerja, makan tengahari, bekerja dan pulang ke rumah adalah pola harian yang kita lalui.

Waktu yang disukat ini menjadi rutin. Rutin pula membolehkan kita melakukan kebanyakan perkara secara automatik menurut pengalaman hari-hari sebelumnya. Ia akhirnya menumpulkan minat terhadap rutin yang dilalui dan akhirnya kehidupan kita menjadi hambar.

Salah satu cara untuk menghidupkan minat terhadap apa yang dilakukan ialah dengan mencari makna baru terhadap apa yang dilakukan

Contohnya.., seringkali bila ada trafik jem bila kita nak ke pejabat, fikiran kita akan membuat tafsiran yang biasa berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Pertama, kesesakan itu berpunca kerana ada kemalangan, kenderaan rosak atau jalan dibaiki.

Bagaimanapun, tidakkah kesesakan lalulintas itu membawa makna, alangkah bersyukur dan bernasib baiknya kita kerana kalau kita cepat, mungkin kitalah yang berdepan dan menjadi mangsa kemalangan itu. Ataupun, bagus juga kerana tuanpunya kenderaan yang rosak itu mengalaminya di tengah-tengah jalan yang sibuk. Kasihannya kalau kenderaannya rosak di jalan yang sunyi kerana tiada orang yang tahu. Atau, baguslah jalan yang dibaiki akan melancarkan lalulintas pada esok hari.




"..Makna terhadap sesuatu yang dialami itu, meskipun berulang-ulang, perlu dilihat dari kacamata yang sentiasa berbeza. Dan sebagusnya kita perlu lihat perkara itu daripada sudut positif. Barulah ia kreatif. Tanpa mencari makna baru terhadap apa yang dilakukan, kita akan terikat dengan suasana yang tidak berubah.."

-Norden Mohamed-

0 Comment:

.Ali Ibn Abi Talib.

"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."

.Imam Shafi'ie.

"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."

.Abu Hamid Al-Ghazali.

"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."

.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.

“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”

.Motivasi.

"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"

.Ibn Qayyim.

“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”

.Renungkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”

Riwayat al-Hakim

.Surah Yunus, Ayat 12.

"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."

.Antibiotik HATI.

"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."

.Mafhum Hadith.

“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”

.Mutiara Hati.

"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Asy-Syahid Hassan al-Banna

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :

“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

.Jalan Mujahadah.

Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..

Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...

Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...

Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...

Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..

Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."

.ALLAH Menyayangi HambaNya.

Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..

Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.

Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..

.Hasan al-Basri.

"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."