Sebuah hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim..,
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda yang
bermaksud :
“..Tiga petanda orang
munafik; apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan
apabila diberi amanah dia mengkhianatinya..”
Di sini jelas lagi bersuluh dan tidak diragui lagi akan
sikap seorang yang munafik yang digambarkan oleh Hadis Rasulullah S.A.W di
atas...
MUNAFIK – Hipokrit
(Hipocryte
: who are outwardly Muslims but inwardly unbelievers)
Munafik membawa simbol ketidakjujuran seseorang terhadap
agama Islam yang dianutinya. Percayalah bahawa tiada tempat untuk orang munafik
di syurga kelak...
Begitulah jika seseorang itu tidak jujur (lari) daripada
tanggungjawab, terlalu banyak alasan, bercakap di mulut lain di hati, maka
tiada syak wasangka lagi bahawa jiwanya mesti dicuci dengan pencuci ‘HIPOKRASI’
yang berjenama IMAN...
Bagi kita yang memegang amanah Islam, andainya mempunyai
kenalan sama ada saudara mara atau sahabat handai yang mempunyai sifat itu
dengan jelas, maka kewajipan kita untuk kita melunaskan amanah dengan
memperingatinya akan seruan amal kebaikan. Jika kita gagal melakukannya,
maka kita juga telah mengkhianati dan memungkiri amanah yang diberi sebagai
seorang MUSLIM...
Sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmab dan ibn Hibban..,
Daripada Anas Bin Malik R.A, Nabi S.A.W bersabda yang
bermaksud :
“..Tiada keimanan bagi
orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan
janji..”
Ingatlah sahabat-sahabat, sebanyak mana pun ibadah yang
ditunaikan, sebanyak mana pun ilmu yang dituntut dan sebanyak mana pun kebaikan
yang dicurahkan, andainya semua itu dengan nyatanya untuk menunjuk-nunjuk (Riya’)
maka amanah sebagai seorang Muslim hanya tinggal harapan..
...Na’uzubillahi-min-zaalikk...
Perolehlah sifat yang baik serta dengan niat yang suci agar
kite berikhtiar bersama menyampaikan
hanya perkara yang baik-baik dengan saling memperingati..InsyaALLAH kita
mengharap rahmat atas ilmu yang dikurniakan sehingga dapat merealisasikan
amanah yang diberi...
...Amiinnn...
GenQ,Vol.01,Isu 02
0 Comment:
Post a Comment