Boleh tak kalu kite hidup nie tanpe ade kawan atau saing atau
sahabat...??
Boleh tak kalu kite lari bersembunyi jike ade orang nak berkawan dengan
kite...??
Boleh tak kalu kite duduk je kat rumah sepanjang hayat kite tanpe bercampur
gaul dgn masyarakat luar..?
Boleh tak kalu kite bercakap sorang diri atau bercakap dengan ‘DIE Stamping
Machine’ yang langsung tidak bernyawa...?
Bismillahirrahmanirrahimm....
Jawapannye tentunya TAK BOLEH, kerana orang yang tidak berkawan adalah orang
yang GAGAL dalam hidupnya. Orang seperti ini sering diumpamakan seperti ‘KERA
SUMBANG’ (takut hidup bermasyarakat)
'...JIWAnya kosong,
CAKAPnya kosong,
FIKIRANnya kosong,
SENYUMANnya kosong
HIDUPnya kosong...'
Jadi saing-saing sekalian, marilah kite pakat-pakat berkawan
atau dalam kata yang lain ‘Hidup Berjemaah’. Bukalah pintu dan jendela HATI
untuk menerima sahabat-sahabat baru. Banyak kelebihan dan faedah yang boleh
kite kutip dari mereka. Selain berkongsi pengalaman kite dapat juge
bertukar-tukar ilmu dan fikiran.
Dalam memilih sahabat, kite sebagai seorang muslim/muslimah
dituntut untuk CEREWET dalam memilih supaya kite berbahagia di Dunia mahupun di
Akhirat..
Sahabat yang mcmmne kite harus pilih ye....?
InsyaALLAH ambe akan kongsi sedikit pesanan Imam Al-Ghazali dalam cara memilih sahabat;
InsyaALLAH ambe akan kongsi sedikit pesanan Imam Al-Ghazali dalam cara memilih sahabat;
Pilih Sahabat yang BERAKAL
Jangan pilih sahabat yang BODOH kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati
Jangan pilih sahabat yang BODOH kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati
Pilih Sahabat yang BERAKHLAK
Jangan pilih sahabat yang jahat kerana kite mungkin akan dirangsang nafsu jahatnya
Jangan pilih sahabat yang jahat kerana kite mungkin akan dirangsang nafsu jahatnya
Pilih Sahabat yang SOLEH
Jangan pilih sahabat yang fasik kerana akan diajar kepada kite pekerjaan dosa dan maksiat
Jangan pilih sahabat yang fasik kerana akan diajar kepada kite pekerjaan dosa dan maksiat
Pilih Sahabat yang BERSEDERHANA
Jangan pilih sahabat yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah
Jangan pilih sahabat yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah
Pilih sahabat yang BERCAKAP BENAR
Jangan pilih sahabat yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa
Jangan pilih sahabat yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa
Secare kesimpulannye, kesemua nasihat Imam Al-Ghazali di
atas membawa maksud bahawa;
‘Sahabat boleh
mempengaruhi perjalanan hidup kite di dunia. Jika BAIK bersahabat maka BAIKLAH
perangai kite, Jika BURUK bersahabat maka BURUKLAH perangai kite’.
Diriwayatkan daripada
Al-Tirmizi dan Al-Hakim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Seseorang insan
adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya, akan hendaklah kamu
melihat dengan siapa kamu bersahabat”
InsyaALLAH pasti ada Jalannya :)