Thursday, November 03, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu....




Diamku tidak bererti aku membenarkan,

Bukan juga mengiyakan apa sahaja yang kau lakukan,

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan,

Bukan juga melukakan,

Tapi kerana aku amat menyayangimu,

Maka akanku cuba sedaya yang termampu,

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya,

Di bumi yang terbentang luas ini,

kerana SAYANGku kepadamu,

maka aku cuba... dan terus mencuba!


Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri,

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan,

Andai aku jumpa jalan,

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang,

Aku akan! itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris,

Terguris dengan tindakanmu,

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya,

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci,

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yg gelap,

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu,


Namun tiba-tiba aku sedar,

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku,

Aku sama saja sepertimu,

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku,

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini,

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku,

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku,

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..,

Tak mahu..!

Kerana A
ku SAYANG Kamu..,

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk,

Aku akan terus mencuba,

Kerana aku SAYANG kamu..,

SAHABATKU!







No comments:

Post a Comment