Friday, November 04, 2011

TIDAK MENERIMA HAKIKAT

Assalamualaikummm..,

InsyaALLAH sedikit perkongsian mengenai hakikat....Muge same2 dapat manfaat...

Biasanya apabila kita kehilangan sesuatu dalam suatu masa, apa yang terfikir dalam fikiran ialah ada orang lain yang mengambilnya. Kadang-kadang saya sendiri pun selalu mengalami situasi macam ni.

Sebagai contohnya kalau kita kehilangan basikal, dengan serta-merta fikiran kita membayangkan ada orang yang mencuri atau ambil basikal kita. Bukan dengan fikiran sahaja, mulut kita pun secara drastiknya akan keluar perkataan-perkataan yang huduh, cacian dan makian seperti;

“..Natang mane pulop ambek beskal aku nie??!Base bengong!!..”

Dengan tidak semena-mena dan tanpa unsur periksa lahirlah perkataan sedemikian...

..Nau’zubillahhi-min-zaalikk..

Maka, usahlah kita menjadi orang yang tidak bertamadun. Terimalah hakikat yakni Qada’ & Qadar yang ALLAH telah tentukan. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Kalau pen kita hilang sekalipun, mungkin kita akan dapat pen yang lebih baik, cantik dan canggih. Kot-kot pen baru kita ade lampu dan boleh mengeluarkan bunyi-bunyi yang menarik..mana tahu, kan? Jadi tak perlulah nak tuduh sape-sape dan keluarkan kata-kata yang tak elok.

Ada riwayat daripada Al-Bukhari & Muslim bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“..Bukan termasuk golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mencarik-carik pakaian dan mengeluarkan kata-kata jahiliah apabila mendapat musibah..”

..Wallahu’alam..

No comments:

Post a Comment