أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."

Friday, November 18, 2011

KEUTAMAAN TAUBAT DALAM AL-QURAN

"Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang."
(QS. Al Baqarah: 128)














Bismillahirahmanirrahimm...

Alhamdulillah baru usai sudah Ujian untuk subjek Control System Engineering...
LEGA sikit dugaan dan tekanan untuk minggu nie...minggu nie minggu paling 'TTEKKANG' (tertekan) sekali~

Kenape tertekan...?

Sebab minggu nie minggu paling banyak buat kerja yang tak sempat nak prepare...sibuk sangat2 sampai buat keje tak 'BERETI-BERETOK' (henti-henti)...heee~

  • Isnin
    • Ujian Subjek TECHNOPRENEURSHIP
  • Selasa
    • Siapkan Design Produk untuk Subjek MOLD (CATIA)
    • Siapkan Laporan Subjek HUMAN BEHAVIOUR
  • Rabu
    • Siapkan Assignment Subjek ENGINEERING ECONOMY
    • Kemaskini Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
  • Khamis
    • Ujian Subjek ENGINEERING ECONOMY
  • Jumaat
    • Ujian Subjek CONTROL SYSTEM ENGINEERING

Inilah senarai kerja-kerja yang telah disempurnakan oleh ambe untuk minggu niee...Alhamdulillah sumenye disiapkan tepat pada masenyaa... ;)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

InsyaALLAH petang Jumaat, 22 Zulhijjah 1432 yang teramat mulia nie, ambe ingin berkongsi sedikit mengenai TAUBAT...

Lafaz 'TAUBAT'
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمْ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمْ وَأَتُوْبُ إِلَيْهْ

Apekah yang dimaksudkan dengan TAUBAT....?
  • TAUBAT adalah bahasa Arab, ertinya ialah KEMBALI. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat itu ialah apabila dia MENJAUHI segala perbuatan dosa. 

Erti TAUBAT pada bahasa ialah,
  • "..Kembali kepada Allah SWT dengan MELEPASKAN seluruh hubungan di antara HATI dengan DOSA, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah SWT.."

Erti TAUBAT pada syariat ialah, 
  • "..MENINGGALKAN seluruh perbuatan DOSA dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakannya kerana Allah SWT. Kemudian berusaha untuk tidak mengulangi bila-bila dan di mana saja, walaupun dia mampu dan tahu akan kemungkinan untuk mengulanginya..."

Ape SEBAB manusia perlu berTAUBAT..?
  • Kerana manusia terlanjur melakukan dosa kecil ataupun dosa besar..
  • Supaya setiap amalan yang kite kerjakan diterima oleh Allah taala dengan mudah..
  • Supaya manusia tidak merase bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah taala..

Ape SEBAB ALLAH menerima TAUBAT hambaNya..? 
  • Sebab Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya..
  • Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga di akhirat..
  • Orang yang bertaubat pasti akan berasa benci dengan dosa yang telah dilakukan..
  • Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan juga meninggalkan kejahatan..

Apekah HIKMAH TAUBAT..? 
  • Memberi peluang kepada orang yang melakukan dosa kembali ke jalan Allah taala..
  • Memberi ketenangan hati kepada muslim yang telah bertaubat..
  • Mendapat keampunan serta petunjuk Allah taala..
  • Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah taala..

Apekah syarat-syarat TAUBAT...?  
  • Menyesal terhadap dosa maksiat yang telah dilakukan..
  • Berhenti dari melakukan maksiat dengan segera..
  • Berazam tidak akan mengulangi lagi melakukan dosa..
  • Berterus terang serta memohon maaf sekiranya dosa tersebut berkaitan dengan hak orang lain..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai Keutamaan TAUBAT yang diceritakan di dalam Al-Quranulkariim...Jom kite hayati same2... :)


“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”
(QS. Al Baqarah: 222)

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az-Zumar: 53)

“Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?”
(QS. At-Taubah: 104)

“Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.”
(QS. Asy-Syuuraa: 25)

“Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. Al Maaidah: 39)

"Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An’aam: 54)

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. An-Nahl: 119)

“Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
(QS. An-Nisa: 64)



“...Jika kamu melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kamu itu sampai ke langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kamu...” 
(Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abi Hurairah)


* Pakat2 beringat belake saing2.. :) *

-Wallahua'lam-

0 Comment:

.Ali Ibn Abi Talib.

"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."

.Imam Shafi'ie.

"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."

.Abu Hamid Al-Ghazali.

"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."

.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.

“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”

.Motivasi.

"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"

.Ibn Qayyim.

“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”

.Renungkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”

Riwayat al-Hakim

.Surah Yunus, Ayat 12.

"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."

.Antibiotik HATI.

"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."

.Mafhum Hadith.

“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”

.Mutiara Hati.

"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Asy-Syahid Hassan al-Banna

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :

“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

.Jalan Mujahadah.

Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..

Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...

Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...

Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...

Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..

Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."

.ALLAH Menyayangi HambaNya.

Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..

Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.

Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..

.Hasan al-Basri.

"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."