1. HIDUP DENGAN TUJUAN YANG JELAS
Dalam al-quran allah taala telah menegaskan bahawa diciptakan jin dan manusia hanyalah semata-mata untuk beribadah kepada-nya. Jadi inilah yang dikatakan konsep diri kite pada dasarnya kite diciptakan atas dunia ni. Apa pun rutin yang kita lakukan seharian seperti bernafas; bangun tidur; beribadah; bekerja; bersukan; berlaman sosial; berniaga; pergi kuliah; buat assignment dan seterusnya hanya semata2 untuk beribadah dan mencari keredhaan allah taala. Pada allah kite meminta dan berdoa, kerana allah kite berusaha, kepada allah tempat kite berserah dan akhir sekali, kepada allah lah jua tempat kite kembali nanti – mati –
Marilah kite semua pakat2 memahami ape sebenarnye tujuan sebenar kite hidup atas dunia ini, insyaallah tiada ape yang berat bagi kite atas dunia ni dan mudah-mudahan allah taala memudahkan segala urusan kite..
2. HIDUP MESTILAH LEBIH BERNILAI
Kehidupan kite sebagai seorang muslim tak boleh dibandingkan atau disamakan dengan mereka yang bukan muslim. Akan tetapi haruslah mempunyai nilai dan bermakna yang pastinya akan mengangkat darjat (taraf) kite di mata allah taala dan juga di mata manusia lain. Darjat yang dimaksudkan di sini adalah dari segi ilmu, akhlak dan amal. Seorang muslim haruslah mencari ilmu sebelum melakukan sesuatu perkara dalam hidup kerana setiap perbuatan kite dikire sebagai ibadah. Oleh itu kite hendaklah mencari ilmu yang benar supaya setiap ape yang kite kerjakan selari dengan contoh tauladan rasulullah s.a.w dan sesuai dgn apa yang dikehendaki allah taala. Ilmu yang benar pastinya akan membuahkan akhlak yang mulia...insyaallah...ilmu,akhlak dan iman mestilah dipupuk bersama dan tidak boleh dipisahkan.
Tiada guna sekiranya berilmu tinggi dan berakhlak mulia tetapi tak pernah mengamalkan ilmu yang diperolehi..
Tiada guna sekiranya berilmu tinggi dan beramal tetapi kurang berakhlak mulia..
Tiada guna sekiranya berakhlak mulia dan beramal sekiranya tidak berilmu..
3. HIDUP HARUS ADA MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
Inilah konsep hidup ketiga sebagai seorang muslim iaitu hidupnya ada memberikan manfaat kepada orang lain, sahabat handai, jiran tetangga, dan masyarakat. Islam juga ada menekankan kepada pentingnya hidup bersosial. Bukanlah beerti hidup bersosial seperti zaman sekarang ni. Sosial yang dimaksudkan disini adalah bergaul sesame umat manusia tetapi hendaklah berlandaskan syariat. Seseorang yang mempunyai ilmu yang mantap, berakhlak mulia dan beramal soleh, tetapi, tidak memperdulikan suasana persekitaran (tidak memberi manfaat kepada orang lain) tidak ada ertinya. Islam sangat menekankan kita untuk saling memberi dan berkongsi samada dari segi sumbangan ilmu, tenaga atau harta benda sekalipun..konsep cara hidup ini haruslah ada dalam jiwa setiap muslim tanpa pengecualian...
Akhir kata, inilah diantara konsep2 diri yang paling umum bagi diri kita yang beragama islam. Perkara-perkara inilah yang akan menjadi pedoman dan petunjuk agar kita mampu memaksimumkan potensi diri dalam beribadah dan beramal tanpa rasa beban. Jika konsep ini dipupuk dalam diri kita, insyaallah kita tak akan leka dan lalai serta lupa diri dengan dunia yang tiada berpenghujungya....
Wallahua’lam ;)
0 Comment:
Post a Comment