Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
"...Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah..." - [Riwayat At-Tirmidzi]
Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"...Setiap yang bernyawa pasti akan mati..." - [QS Al-Anbia',
Ayat:34]
Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
Larangan Meminta-minta Mati
Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda
yang maksudnya:
"...Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata :
Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan
matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku..." - [Riwayat Bukhari dan
Muslim]
Seorang mukmin dilarang
keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang
menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya
itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
Sesungguhnya segala dugaan
itu adalah kaffarah [penghapus] dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana
tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan
ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
Allah SWT adalah bersifat
dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada
di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta
bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.
كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"...Bagaimana
kamu tergamak kufur [mengingkari] Allah padahal kamu dahulunya mati [belum
lahir], kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu,
kemudian Dia menghidupkan kamu pula [pada hari akhirat kelak]; akhirnya kamu
dikembalikan kepadaNya [untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan]...”
– [QS Al-Baqarah, Ayat 2:28]
Ada beberapa cara yg Rasullullah s.a.w. ajarkan untuk selalu zikrul maut [ingat akan mati] ini:
Ada beberapa cara yg Rasullullah s.a.w. ajarkan untuk selalu zikrul maut [ingat akan mati] ini:
- Perintah memperbanyak mengingati mati :
"...Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan [kematian]...” - [ Riwayat At-Tirmidzi ]
- Mengingati kematian
dapat melebur dosa dan zuhud :
"...Perbanyaklah
mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan
timbulnya kezuhudan di dunia...” - [ Riwayat Ibnu Abiddunya ]
- Kematian sebagai penasihat
pada diri sendiri :
"...Cukuplah
kematian itu sebagai penasihat..." - [ Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy ]
- Orang cerdik ialah
orang yang banyak mengingati mati :
"...Secerdik-cerdik
manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak
persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang
benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan
dunia dan akhirat..." - [ Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya ]
Agar selalu ingat kepada
kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :
- Menyaksikan orang yang
sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau
berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam
hadisnya yang bermaksud :
"...Sakitnya
sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang..."
[ Riwayat Abiddunya ].
Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata :
"Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini."
[ Riwayat Bukhari dan Muslim ]
[ Riwayat Abiddunya ].
Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata :
"Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini."
[ Riwayat Bukhari dan Muslim ]
- Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.
- Melakukan ziarah kubur,
sebagaimana sabda Rasullullah :
"Lakukanlah ziarah
kubur kerana ia mengingatkan mati." [ Riwayat Muslim ]
- Merasakan diri selalu
diawasi Allah SWT. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian
sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :
"Seutama-utama iman
seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah SWT. itu
ada bersama dengannya di manapun ia berada." [ Riwayat 'Ubadah bin Shamit ]
- Sedarilah bahawa
perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni
oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini
difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
"Pada hari [ketika]
lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu
mereka kerjakan."
[QS An-Nur, Ayat : 24 ]
[QS An-Nur, Ayat : 24 ]
- Begitu pula agar
disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh
siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan
Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah SWT. berfirman :
"Dan sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami
lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat
mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di
sebelah kiri, tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di
dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." [QS Qaf, Ayat : 16-18 ]
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." [ QS Ar-Ra'd, Ayat : 11]. [Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad]
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." [ QS Ar-Ra'd, Ayat : 11]. [Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad]
0 Comment:
Post a Comment