Assalamualaikummm....Ape khabar sahabat2...?
Semuge semua sahabat2 dikurniakan kesihatan dan masih lagi mampu untuk meneruskan hidup dengan sempurna...Setelah sekian lame Ana tak usik BLOG nie atas kekangan INTERNET yang agak perlahan dan kekangan masa yang setiap detik menghambat kite dengan kesibukan2 dunia.
..hehehe..
Alhamdulillah kali ini ALLAH masih memberi ruang untuk Ana mencoret sesuatu yang mungkin dapat Ana kongsikan bersama sahabat2 sekalian...semuge perkongsian Ana ini dapat memberi manfaat kepada sahabat2 yang singgah ke blog Ana... :)
InsyaALLAH tajuk yang ingin Ana kongsikan pada kali ini adalah berkenaan dengan
Sepertimana yang kite sedia maklum, HATI ada satu organ yang paling utama yang diciptakan oleh ALLAH Taala di dalam tubuh manusia. HATI juga merupakan nikmat ALLAH Taala yang paling agung kerana ia menjadi tempat di mana ALLAH Taala membuat penilaian terhadap hambanya. HATI adalah tempat dimana terletaknya NIAT seseorang. NIAT yang tulus dan ikhlas akan diberi ganjaran pahala oleh ALLAH Taala.
HATI perlu dijaga dan dipelihara dengan baik sekali agar ia tidak rosak, tidak sakit, tidak leka, tidak buta, tidak keras dan yang paling penting tidak MATI. Sekiranya simptom2 di atas berlaku pada HATI maka kesannya akan melibatkan seluruh tubuh badan manusia. Ia juga akan melahirkan penyakit2 dalam masyarakat yang berpunca dari HATI yang rosak.
Justeru itu, HATI adalah AMANAH yang wajib kite jaga sebagaimana kite diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari melakukan maksiat dan dosa.HATI yang hitam adalah HATI yang gelap kerana dilitupi dengan DOSA. Setiap datu dosa yang dilakukan tanpa dicuci dengan Taubat dan Istighfar akan dititikkan satu titik hitam di dalam HATI.
Sahabat2...cube bayangkan macamane sekirenye kite buat 10 dosa..?100 dosa..?1000 dosa..?
‘HATI YANG MATI’

Alangkah hitam dan kotornya HATI kite ketika itu....
Ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah S.A.W :-
Maksudnya :
“..Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di HATInya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka HATInya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka HATInya menjadi hitam..”
[Riwayat Al-Imam Ibnu Majah]
Hadis ini sesuai dengan Firman ALLAH Taala di dalam surah Al-Muthaffifiin ayat 14:-
Maksudnya :
“..Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata HATI mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan. HATI apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila HATI keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur Iman dan nur Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kite, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam HATI, kalau pun kite faham, tidak ada daya dan kekuatan kite untuk mengamalkannya..”
ALLAH Taala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 74 :-
Maksudnya :
“..Kemudian sesudah itu, HATI kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan..”
Demikianlah ALLAH Taala memberi gambaran dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun boleh mengalirkan air dan boleh pecah kerana terlalu takut akan ALLAH Taala.
Justeru itu apakah HATI manusia lebih keras daripada BATU sehinggakan tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah dari ALLAH Taala..??
Apa yang paling membimbangkan kite ialah sekiranya HATI kite MATI, Apa yang akan berlaku..?
HATI yang MATI adalah kemusnahan yang paling besar terhadap manusia. Matinya HATI adalah bencana dan malapetaka yang besar yang akan menghitamkan seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Inilah akibatnya apabila kite lalai dan cuai dalam mengubati dan membersihkan HATI kite. Kegagalan kite dalam menghidupkan HATI juga akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH Taala di akhirat kelak.
Sahabat2 yang dikasihi sekalian, persoalannya bagaimana dan kenapa HATI kite boleh MATI...?
HATI itu akan MATI disebabkan perkara2 berikut :-
PERTAMA:
HATI MATI kerana tidak berfungsi menurut perintah ALLAH Taala yakni tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian ALLAH Taala.
Sepertimana Firman ALLAH Taala dalam Surah Az-Zumar ayat 22 :-
Maksudnya :
“..Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu HATInya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata..”
KEDUA:
HATI juga akan MATI jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga HATI. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, HATI bukan sahaja akan sakit dan buta bahkan akhirnya akan MATI. Santapan rohani bagi HATI ialah ‘Zikrullah’, ‘Nasihat’ dan ‘Muhasabah Diri’.
Akhir kata, Marilah sahabat2 kite pakat2 pelihara HATI kite dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi KOTOR, HITAM, KERAS, BUTA dan MATI. Gilapkan dan Bersihkan HATI dengan cara mengingati ALLAH Taala.
Firman ALLAH Taala dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 :-
Maksudnya :
“..Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram HATI mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah HATI manusia..”
Firman ALLAH Taala dalam Surah Asy-Syu’araa’ ayat 88-89 :-
Maksudnya :
“..Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali harta benda dan anak pinak orang-orang yang datang menghadap Allah dengan HATI yang selamat sejahtera dari syirik dan penyakit munafik..”

**Wallahua’lam**
..Marilah kite pakat saling beringat belake saing3...Semoge kite same-same dapat memelihara dan menjaga KUALITI HATI kite...Ingatlah bahawe HATI adalah NADI kepada segala permulaan tingkahlaku kite...jika HATI kite berkeadaan baik, maka baiklah segala perbuatan kite...Sekiranya HATI kite sakit, maka rosaklah segala amalan dan perbuatan kite...Pakat2 beringatlah sahabat2 dan ikhwah2 yang dikasihi sekalian...
InsyaALLAH...Ada Jalan-Nya~ =)
*Diolah dari Khutbah Masjid Brunei Darussalam*
0 Comment:
Post a Comment