Bismillahirahmaanirahimm....
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh....
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh....
InsyaALLAH sedikit perkongsian mengenai tajuk 'Istiqamah dalam Mujahadah'. Seperti sedia maklum, ramai di antara sahabat2 kita yang tahu akan perkara yang menjurus ke arah kebaikan dan sentiasa berusaha untuk melakukannya, akan tetapi sayangnya, mereka sering gagal untuk
melaksanakannya.., Ada juga di antara kite yang sentiasa berazam dan tidak mahu melakukan kejahatan, tapi sering
terdorong melakukannya sama ada secare sedar atau tak sedar..
Mengapa
ye?
Kita
diibaratkan seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri..,Seperti ada kuasa
yang lebih kuat yang membentuk dan mengendalikan diri kita ini..
Ya!
Kita sebenarnya sentiasa diburu malah
dibelenggu oleh 2 jenis musuh yang sentiasa mendorong kita ke arah kejahatan. Musuh
itu ialah SYAITAN dan HAWA NAFSU.
Bagaimana
kita hendak mengalahkan 2 jenis musuh ini untuk mengembalikan diri kepada diri
sendiri?
Samalah dengan berdepan dengan musuh yang
zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Berperang dengan
musuh batin berbeza dengan musuh zahir. Musuh zahir dapat dilihat dan tipu
dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Musuh zahir agak lebih mudah
didekati daripada musuh batin. Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu
dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat
dari peperangan zahir.
Mengapa
dikatakan demikian?
Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh
ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam
diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan.
Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal
mengalahkan hawa nafsunya sendiri.
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda bermaksud:
“..Mereka
yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya.., tetapi
adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya..Namun bukan mudah mengawal
kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan..”
Syaitan adalah makhluk yang paling menderhaka
dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang
berjaya mengatasi tipu dayanya. Di dalam al-quran ALLAH menjamin orang yang
tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang IKHLAS.Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan
kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri
kita sendiri.
BerMujahadah
melawan hawa nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di
sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu
yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah tujuan sesuatu kehendak itu menjurus
kearah kebaikan atau kejahatan. Namun setakat mengenal di antara buruk dan baik
belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan.
Kita perlu bermujahadah dan terus
bermujahadah...
Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu.Dan
ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu. syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu,
musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedetik kita terleka, pasti kita di
tipu dan dihasutnya..
Bukankah
manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari
syurga?
Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah
berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan
diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’ dan kemahuan..
Ia adalah satu perjuangan yang tidak akan berakhir
sehinggalah Malaikat Maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita
hendak dipisahkan dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita.
Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih
dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati
dalam keadaan tidak beriman. Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan
syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin
gelaplah hati.
Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali
sekala…. Ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah
jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah
hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia
hingga payah hendak dibersihkan lagi.
Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah
ialah ISTIQAMAH..
Yakni KONSISTEN, terus menerus dan
berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita
hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi
kesan.
Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti
mujahadah.Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang
ingin menuju ALLAH. istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri
teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan
syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisten..
Firman
allah :
"..Oleh yang demikian, maka
ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan,
dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.."
[as-syura :15]
Untuk
beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman),
penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah
makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia.
Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka...InsyaALLAH~
Wallahua’alam...
0 Comment:
Post a Comment