أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

"..Aku Mencoret Bukan Ingin Nama;
Sekadar Ingin Saling Beringat.."

Tuesday, November 15, 2011

KISAH KAUM NABI LUTH لو ط


Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarahdunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjillagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yangamat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan berlaku kira-kira tahun 1800 SM. 

Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaumyang mendiami di sekitar Kota Sadum, iaitu terletak di kawasan Laut Matisepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkangaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan meninggalkanperempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telahmemberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luthini. Iaitu menerusi ayat dalam surah Asy-Syura :

Asy-Syura ,Ayat 160-164,
“Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhiperintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan danperbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.”

Asy-Syura ,Ayat 165,
“Patutkahkamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;”

Asy-Syura ,Ayat 166,
 “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan olehTuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yangbersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!

Asy-Syura ,Ayat 167,
Merekamenjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”

Asy-Syura ,Ayat 168,
NabiLuth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.



Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itumalahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luthbertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke ataskaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum. 

Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhanterhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:

Asy-Syura ,Ayat 172,
“..Kemudiankami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)..”

Asy-Syura ,Ayat 173,
“..Dankami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran..”

Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayatyang lain. Antaranya dalam surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentangkedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: 

Al-‘Ankabut ,Ayat 34,
“..Sesungguhnyakami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)..”

Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yangmenimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang berimansahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapiyang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakangunung-gunung berapi ini.


Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth ataudikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yangmerenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah:

Al-‘Ankabut ,Ayat 34,
“Dandemi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkanbekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahumemahaminya”. Inilah untung nasib kesudahan yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji danrosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapubersih dan dihancurkan.

rujukan
1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, SabaIslamic Media, 2004, m/s:52.
2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Jilid:12, m/s:394.

1 Comment:

Tungau Melayu said...

alhamdulilah. sebuah usaka pendokumentasian yg hebat. mohon saya perpanjangkan dalam blog saya.

.Ali Ibn Abi Talib.

"..Knowledge is of two kinds : that which is absorbed..,that which is heard..,that which is heard does not profit if it is not absorbed..."

.Imam Shafi'ie.

"..Knowledge is not what is MEMORISED..,Knowledge is what BENEFITS.."

.Abu Hamid Al-Ghazali.

"..If your busy with YOURSELF now, you will be busy with YOURSELF then..,
If you are busy with GOD now, you will be with HIM then..."

.Sheikh Habib ‘Ali al Jifri.

“..IMAN is not something that I just “perform” in a place of worship.., IMAN is life.., IMAN is how I interact with Allah during all the breaths that I take..”

.Motivasi.

"..Can you discover MORE when you see things in a DIFFERENT light..?"

.Ibn Qayyim.

“..Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad
(arah tuju)..”

.Renungkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“..Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana (sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar), Dan tidak juga ketakutan melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan keSABARannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut..”

Riwayat al-Hakim

.Surah Yunus, Ayat 12.

"..Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.."

.Antibiotik HATI.

"..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."

.Mafhum Hadith.

“..Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka..”

.Mutiara Hati.

"..Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.."

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Asy-Syahid Hassan al-Banna

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu, menitis air mata tatkala merindu, menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan :

“Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

.Jalan Mujahadah.

Di mana kita rasa kita kuat, Di situ diuji kesyukuran kita..

Di mana kita rasa kita lemah, Di situ diuji kesabaran kita...

Selangkah ke alam perjuangan,beerti selamanya dalam kepahitan...

Biarlah menangis terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah daripada terkambus tanpa mujahadah...

Kita tak sanggup selamanya terluka, Tapi ingatlah..tiap titisan darah dari luka & air mata...adalah mahar kita ke syurga..

Jika ditanya "mengapa berjuang itu pahit?"
Maka jawablah "kerana syurga itu manis....."

.ALLAH Menyayangi HambaNya.

Tidak mudah melupakan masa lalu yang begitu menyakitkan,
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh sbg syarat untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya..

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahwa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat ketika kita ikhlas,maka akan ada ketenangan yang bersemayam dilubuk hati..

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis...Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari semua itu adalah dari kasih Ilahi. Agar ALLAH menjadikan kita hamba yang kuat dan tegar dalam menjalani hidup ini..

Dan menyedari itu adalah salah satu dari cara ALLAH menyayangi hamba-Nya seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...

.Cuci 4 perkara dengan 4 perkara.

Cucilah WAJAHmu dengan AIR MATAmu..
Cucilah LIDAHmu dengan ZIKIR kepada Penciptamu..
Cucilah HATImu dengan rasa TAKUT kepada Tuhanmu..
Cucilah DOSAmu dengan berTAUBAT kepada Penguasamu..

.Hasan al-Basri.

"..Seeking knowledge at an Young age is like engraving on a stone.."